Thursday, December 30, 2010

Terima kasih

Semalam Malaysia dinobatkan sebagai juara bolasepak. Aku terharu!

Indonesia lunyai dibelasah oleh pemain-pemain Malaysia yang bersemangat waja. Aku kagum!

Makwe-makwe Indonesia semua cantik-cantik belaka. Aku terkesima!

Mamat Indonesia agak gendut dan meloyakan. Aku potong!

Esok diwartakan sebagai cuti umum bagi seluruh negeri jajahan. Aku ucapkan terima kasih!

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membawa Malaysia ke pentas juara. Kamu semua adalah juara!!!

Baaaaaaaaaaaaaaaaaaaangun!!!!!!!!


Wednesday, December 29, 2010

'Big Bang' untuk poket kamu

Minggu lepas aku ke Genting Highlands bersama-sama keluarga tersayang. Tempat rekreasi untuk keluarga dan juga tempat kaki-kaki judi mencuba nasib.

Bagi orang golongan kelas tengah seperti aku, ini bukan tempat yang sesuai untuk aktiviti rekreasi keluarga. Apatah lagi jika keluarga besar melebihi 7 orang.

Setiap langkah kamu adalah duit. Kamu akan rasa seperti dirasuk oleh hantu poket menyuruh kamu untuk mengeluarkan duit dari poket kamu tanpa henti.

Sebaik saja kamu melangkah ke dalam kereta kabel yang dicaj RM10 dua hala, RM38 sudah siap sedia menunggu kamu di destinasi. Kamu ada pilihan, sama ada mahu membelinya atau tidak. Itu adalah imej kenangan kamu bersama keluarga di dalam kereta kabel yang diambil oleh seorang pekerja Bangladesh. RM38 pasti keluar dari poket kamu jika rengekan anak kamu mengiringi setiap langkah kamu nanti!

Aku ke sebuah rekreasi 'Snow World' di sana. Caj masuk untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas adalah RM16 dan dewasa dikenakan caj RM19. Bagi pakej keluarga 2 kanak-kanak dan 2 dewasa adalah RM66. Dalam tempoh 40 minit, kamu boleh bermain dengan salji buatan manusia. Noktah! oh, jangan lupa secawan aiskrim percuma buat kamu! Jarang, mungkin tak pernah kamu lihat di negara sejuk bawah paras beku bersuka ria sambil menikmati aiskrim. Di mana coklat panas? Kamu boleh membelinya dengan harga RM3.50 di luar.

Sekiranya kamu ke sana, pastinya kamu hendak mengabadikan saat-saat indah bersama keluarga di dalam imej kekal. Nanti! jangan terlalu teruja kerana kamu dilarang sama sekali membawa kamera digital mahal ke dalam. Sekali lagi kamu perlu mengeluarkan RM60 untuk pakej combo iaitu 3 keping gambar.

Itu baru satu tempat yang aku kunjung. Belum lagi permainan tema yang lain. Aku mengharapkan (baca : harapan kosong) Genting Highlands akan menjadi lebih 'Friendly' untuk orang-orang kelas pertengahan seperti aku dan kamu. Mereka mengaut untung berjuta-juta dari pusat judi dalam sekelip mata, mengapa mereka tidak boleh turunkan sedikit harga caj mereka agar setiap manusia di bumi Malaysia ini dapat menikmati keseronokan bersama keluarga di sana.

Tatkala ekonomi kelas pertengahan berkecamuk, keluarga Lim Goh Tong bergelumang dengan limpahan wang ringgit dari poket kamu, aku dan juga yang lain. Aku tidak mungkin akan ke sana lagi. Oh! pengecualian jika ada makwe yang mengajak aku ke sana, aku mungkin pertimbangkan.

P/S: Aku sangat gembira dan bersyukur kerana aku mempunyai sebuah keluarga yang penyayang, murah hati dan bertimbang rasa. Saat-saat yang aku luangkan bersama mereka selama 3 hari amat bermakna bagi aku dan ianya akan kekal di dalam ingatan. Kamu harus ingat, keluarga itu adalah anugerah yang sangat berharga. Jangan kamu abaikan mereka sama sekali!






Selamat Menyambut Hari Natal

Aku tujukan ucapan di atas kepada semua rakan-rakan yang menganut agama kristian. Semoga ceria-ceria di alam fana ini.

Peace!

Thursday, December 23, 2010

PMR oh PMR

Jawapan yang paling 'macho' dari bekas murid tingkatan 3 berambut senget menutup mata ala-ala bulu punggung ayam jantan nenek aku di kampung.

Aku : Ceria saja muka hari ni ? Mesti score PMR kan? Dapat berapa A?

Dia : Tak lah bang, kita hidup mesti ceria selalu (sambil menyenget-yengetkan kepala untuk membetulkan kedudukan jambul).

Dia : Dapat 3C, 3D dengan 2E je. A orang lain dah ambil semua.


Aku tengok dia dalam-dalam, ada bakat jadi mat rempit ni. Harap-harap dia tak menikam mati siapa-siapa di kemudian hari.

Tapi dunia ini bulat. Tuah manusia tiada seorang pun tahu. Samaada kamu ataupun aku, kecuali Tuhan yang satu.

Jadi aku berfikiran positif yang dia akan menjadi seseorang suatu hari nanti. Ada je orang yang tak pass SRP jadi menteri, jutawan kontraktor kelas F pun ada. Kenapa tidak dia? disebalik jambul senget itu, tiada siapa yang tahu tuahnya.

P/S : Tahniah kepada semua calon PMR yang mendapat keputusan cemerlang. Tolong jangan pandai 3GP, buang anak, bunuh orang mahupun lari mengikut kekasih. Kami mengharapkan kamu untuk memimpin di generasi akan datang.


Monday, December 20, 2010

Blog lama yang tinggal sejarah

Aku cuba cari blog lama aku. Aku mendapat jawapan yang mengecewakan dari Google.

Bukan kerana aku lupa akan akaun aku, tetapi atas sebab kealpaan diri aku sendiri yang mega liat untuk menjaga blog seperti menjaga kucing kesayangan mak aku.

Akibatnya ini yang aku dapat......setelah 5 tahun aku tinggalkan


Taman Negara Pahang : Part III

Malam terakhir aku di Taman Negara disudahi dengan makan malam yang sungguh sedap. Malangnya, kekenyangan tidak bertahan lama akibat aktiviti malam itu sungguh memenatkan. Walaupun penat, aku sedikit sebanyak belajar sesuatu yang berharga untuk pedoman dalam memperbaiki kehidupan sebobot aku.

Keesokannya aku menongkah arus dengan sampan jalur berenjin menuju ke kawasan perkampungan orang asli.

Aku disambut oleh Adam Lambert, orang asli berketurunan Batek selaku wakil kepada orang-orang asli di situ.

Adam Lambert ini, orangnya sangat 'koro' berambut kerinting halus dan gelap. Tetapi dia mengajar aku supaya menjadi orang yang sangat 'down to earth'. Dia seorang yang amat simple. Tiada loan kereta, tiada kad kredit, tidak perlu memikirkan soal kerja yang menekan. Anak-anak beliau tidak dihantar ke sekolah atas dasar tidak mahu terkongkong dengan segala undang-undang dunia.

Kehidupan beliau bergantung kepada alam hutan. Dari sekecil-kecil hal sehinggalah sebesar-sebesarnya. Aku kagum dengan manusia bernama Adam Lambert ini. Fasih berbahasa Batek, Melayu dan Inggeris!

Sampai di jeti Kuala Tahan, aku lupa pasal Adam Lambert dan segala hal positif berkenaannya yang boleh membimbing hidup ke arah kecemerlangan. Memang dasar tak masuk otak! aku salahkan bot dan jeram air yang buat aku lupa akan hal itu!


Saturday, December 18, 2010

Taman Negara Pahang : Part II

Semalam aku sampai di Taman Negara lebih kurang pukul 1430hrs dari Cyberjaya. Perjalanan menaiki bas agak meloyakan. Nasib baik 'Event Committee' melayan kebosanan dengan tayangan 'IP Man' 1 dan 2 dari koleksi DVD cetak rompak mereka.

Tempat penginapan yang disediakan adalah Rain Forest resort. Terletak di Kuala Tahan 800 meter dari jeti ke Taman Negara.

Hujan menemani aku sepanjang hari semalam dan hari ini. Manakala aktiviti yang tersedia adalah seperti

Rapid shooting : Separuh nyawa hilang akibat semput. Jadi aku bukan 'master' dalam adegan 'blowing'.

Treasure Hunt : Menarik dan berpeluang mengenali penduduk setempat.

Night Safari : Aku musykil kenapa orang-orang sini memanggilnya sebegitu. Ianya adalah ladang kelapa sawit semata-mata dan tidak ada kehidupan safari di situ melainkan beberapa ekor anjing, kucing dan berkawan-kawan lembu. Kamu tidak akan rugi jika tidak mengambil tempat dalam acara ini.

Canopy Walk : Aku serik!

Bukit Terisek : Aku sangat serik

Yang pasti, Keindahan alam Flora dan Fauna di sini berjaya menyelesaikan masalah kepenatan kamu. Hirupan oksigen 'fresh' yang tak mungkin kamu dapat di Kuala Lumpur boleh membuatkan jantung kamu tersenyum lebar.

Sekarang aku melepek di dalam bilik untuk berehat seketika sebelum aktiviti 'Survivor' bermula.

'Survivor' memerlukan aku memakai seperti orang asli! aku mungkin menyarung jeans Levis dan baju 'Nike' Kenapa? Ya! kerana orang-orang asli di sini segak-segak belaka! Adalah satu penghinaan kepada mereka jika aku hanya menutup kemaluan aku dengan daun-daun hutan dan berkaki ayam.

Oh! jangan lupa 'Aloy Fried Chicken' kerana rasanya amat sedap berbanding 'KFC' atau mungkin aku terlalu penat dan kebulur, jadi semua makanan rasa hebat termasuk lipas dan cicak sekalipun.....

Friday, December 17, 2010

Taman Negara Pahang

Sekejap lagi, lebih kurang jam 6:30am aku akan bertolak ke Taman Negara. Aktiviti tahunan bagi syarikat tempat aku bekerja. Ini kali kedua aku ke sana sejak 2005. Bermakna sudah 5 tahun! Harap-harap hutannya masih kekal dara. Tidak dirogol oleh manusia tamak dan berkuasa yang tidak pernah puas memboroikan poket sendiri.

Sudah terngiang-ngiang bunyi jeram-jeram yang lebih asyik dari nyanyian peserta realiti TV Malaysia.

Flora dan Fauna yang kamu tak akan dapat di bandaraya Kuala Lumpur. Dalam pada itu, aku tetap trauma dengan aktiviti yang memenatkan seperti memanjat Bukit Terisek dan berjalan di titian gayut 'Canopy Walk'. Semua itu pernah membuatkan nyawa aku di hujung tongkeng dan juga nyawa-nyawa kamu yang merokok.

Orang Asli di sana bukan seperti yang kamu jangkakan. Mereka tidak bercawat, dagu melayut, lubang tindik sebesar piring sambil memegang sumpit. Mungkin ada jika kamu sesat beratus kilometer di dada hutan tetapi tidak di tempat komersial yang aku akan pergi. Mereka seperti aku dan kamu, hancur dimamah arus kemodenan. Jangan terperanjat jika kamu mungkin terjumpa Orang Asli berseluar jeans, telefon bimbit 3G di tangan dan kunci Nissan Navara di poket kiri.

Tetapi itulah Taman Negara. Walaupun perit dan memenatkan, kamu si pencinta alam tidak akan dapat menolak ajakan dan lambaiannya. Kehebatannya seperti Nora Danish mengajak kamu ke Zoo. Bagi Mat Rempit, Bohjan dan Bohsia ianya tidak bermakna dan kosong semata-mata. Hanya sekadar lokasi pemuas nafsu dan penghancuran.

Aku dengar cerita, ada 'production house' buat shooting cerita lucah di sana. Alahai, lemah aku memikirkan mengapa pengaruh yang buruk saja sampai ke sana dan kenapa perkara yang baik di sana tidak sampai ke sini. Bukankah lebih baik jika ianya menjadi dua hala? Sekurang-kurangnya tak payah pergi jauh dari Kuala Lumpur untuk menikmati alam Flora dan Fauna. Kalau bab dadah, bab lucah cepat saja sampai ke sana. Silap-silap orang sana pun dah pandai main '3GP'!!

Tiba-tiba aku rasa macam malas nak pergi.......

Wednesday, December 15, 2010

Mabuk yang dirindu ;)

Ada waktu terluang tadi, Aku tengok balik blog memancing yang Aku buat dulu. Cis! memang tunggang langgang tak patut! Dah la tak pernah update, grammar semua ke parit. Aku rasa dunia blog ni memang tak 'in' dengan jiwa sebobot Aku. Bukan main liat lagi nak 'update' blog.

Patutlah masa zaman Aku sekolah rendah dulu, semua orang ada 'scrapbook' dan 'autograph' selain Aku. Apatah lagi, Dear diary...... Jangan harap.

Kalau kamu rasa nak 'enjoy' blog separuh jalan berkenaan memancing, kamu boleh pergi ke The Crew Anglers

Aku sangat enjoy memancing. Tak kiralah Aku mabuk muntah hijau sekali pun! Aku tak pernah serik pergi ke laut untuk memancing. Mulanya musim tengkujuh sekarang ni, buat Aku rindu untuk pergi memancing di laut. Ditambah-tambah dengan tekanan kerja, makin membuak-buak rasa rindu Aku. Harap-harap Tuhan panjangkan usia Aku, jadi Aku berpeluang lagi untuk memancing di laut pada tahun akan datang.

Amaran : Blog itu Aku yang punya. Dan Aku bukan pemancing profesional. Segala ajaran sesat dan dakyah berkenaan memancing dalam blog itu, adalah atas risiko kamu sendiri.

Fishing is our handshake, our language.
A Heritage that binds us together.
A passage our fathers took.
A Journey that lasts a lifetime,
That we have begun again with our sons and daughters.
-Words in an Abu commercial



Thursday, December 9, 2010

Hujan

Kalau hujan mesti mood aku jadi blues. Otak ligat flashback 10 - 20 tahun lepas. Mungkin ada sejenis cecair dalam otak yang 'trigger' sistem flashback ni. Tapi lepas dikaji balik, aku rasa puncanya ialah hujan datang dengan sejenis bau yang unik. Bau yang buat otak aku teringat memori silam. Kamu jangan tanya, sebab aku tak pasti apa nama saintifiknya, tapi aku istilahkan ianya 'sindrom bau hujan'. Bau yang tak pernah berubah sejak aku kanak-kanak sampailah sekarang. Baunya standard. Pergilah ke mana pun, kamu akan dapat bau yang sama.

Bila dah start flashback ni satu kerja pun tak jadi. Memang tak ada function 'stop', 'pause' atau 'forward'. Itu memang pe'el dia. Sebab itu aku menyampah kalau blues hari hujan ni. Otak jadi lembab!

Selain daripada itu, hidup aku hari ni macam biasa. Simple dan tak ada yang special. Esok orang sibuk bercuti, aku tetap kena kerja. Harap-harap esok janganlah hujan. Kalau tak, sah-sah tak jadi satu menda. Asyik nak blues je.....

Wednesday, December 8, 2010

Rezeki

Rezeki yang kamu peroleh datangnya secara terus atau dari pelbagai punca. Kadang-kadang ianya datang dari punca yang tidak disangka-sangka. Dalam islam, kita diwajibkan untuk bermohon, bertawakal dan redha dengan apa yang kita terima.

Kamu bersyukur dan redha dengan rezeki yang kamu terima. Dalam pada itu, ada juga antara kamu yang terlalai dari mengucap syukur kepadaNya, apatah lagi meredhai dengan apa yang diperolehi. Tidak mengapa itu hak kamu.

Kamu jarang meneliti aspek dan transaksi rezeki itu. Asalkan ianya selamat di dalam poket kamu, yang lain adalah tidak penting bagi kamu. Tak perlu fikir panjang nak kaji-kaji, sebat saja. Kamu biasa mendengar orang kita menyebut 'rezeki anak' ketika kamu dilimpahkan dengan rezeki yang tersalur melalui anak itu. Jarang kedengaran atau tidak pernah terungkap rezeki mak, rezeki abang, kakak, adik, tok nenek atau rezeki kawan sekalipun dari mulut orang kita. Padahal, itu adalah saluran-saluran rezeki yang pernah datang kepada kamu.

Kamu tidak redha menjadi saluran rezeki kepada orang lain. Kamu marah bila Tuhan salurkan rezeki kepada hambanya yang lain melalui kamu. Pada masa yang sama kamu senyum sumbing menyambut rezeki yang disalurkan melalui orang lain kepada kamu.

Apatah lagi kalau dugaan yang datang. Ya! Dugaan. Bukankah di dunia ini dicipta semuanya berpasangan? apabila ada rezeki sudah pasti dugaan di sisi. Jadi mengapa kamu perlu sentap, marah dan jauh sekali untuk meredhai apabila dugaan yang datang kepada kamu baik secara terus atau melalui saluran-saluran tadi? Tidakkah kamu juga perlu bersyukur dan redha dengan segala dugaan yang datang sepertimana ketika kamu dilimpahkan dengan rezeki?

P/S : Hari ini aku kena belanja kawan aku lunch. Perlukah aku naik angin sebab rezeki makan lunch kawan aku hari ini disalurkan melalui aku?

Tuesday, December 7, 2010

Kalau dah emaknya cikgu..

Separuh hari Wa termenung. 3 gelas nescafe Wa teguk sebab nak hadam kata-kata nasihat seorang Ibu. Belum kira pening kepala Wa sebab terhayun-hayun macam spring lepas kena tunjal! Akhirnya Wa ambil keputusan yang entri-entri Wa akan datang tidak akan ada lagi Wa Lu, Wa Lu.

Kata-kata nasihat seorang Ibu tinggi nilainya. Nak pula Mak Wa adalah Mak Wa, guru mendidik Wa di rumah dan guru displin Wa di sekolah. Jadi nilai dia Wa tak boleh hitung menggunakan kalkulator saintifik.

Benar katanya, Wa bukan Apek jual 'clorox', Wa bukan anak jalanan Indonesia yang terbiar. Wa anak cikgu! Kan lebih comel kalau guna ganti nama Dewan Bahasa.

Tapi tak semua anak cikgu cerdik. Ye dak? Ada yang lembab macam Wa. Tengok dari blog pun dah tau. Simple! Tatabahasa pun ke parit.

Tak apa. Biarlah orang-orang yang mahir dalam berbahasa je guna ayat perkataan tahap profesor madya. Untuk Wa, cukup dengan 'simple word' untuk bahan bacaan orang-orang macam Wa. Yang penting apa yang Wa nak cerita sampai elok-elok dalam otak. Cewah! Cakap macam ramai sangat orang baca blog Wa.

Jadi, entri akan datang Wa akan pakai 'Aku' dan 'Kamu'. Kalau I You nanti meremang pula bulu tengkuk.

Awal Muharram 1432h

Masih belum terlambat Wa rasa untuk mengucapkan salam Maal Hijrah. Semoga diampunkan dosa, diberi ganjaran pahala, dilindungi selalu dan dimurahkan rezeki ditahun baru 1432h ini.

Wa takde pasang azam baru sebab azam yang lepas-lepas pun tak settle-settle lagi. Harap tahun ini ada kekuatan rohani dan jasmani untuk mencapai azam Wa.

Awal Muharam Eve pun orang nak merempit juga? Dah macam mana.....

Friday, December 3, 2010

Setiap yang hidup pasti akan pergi

Dia seorang yang cool, berpendirian, sistematik dalam menjalani hidup, dan berdisplin.

Seorang yang amat periang, ada high class dalam "sense of humor". Sangat sayang kepada anak-anak kecil.

Orang tua yang style dengan seluar slack boot cut poket lintang ini mahir membuat lemang.

Hari ini, 2hb Disember 2010 Allah telah menjemput beliau setelah beberapa bulan terseksa akibat kanser. Al Fatihah.

Abdul Karim Bin Ning, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kamu dan di tempatkan kamu di kalangan orang-orang yang beriman.

Wednesday, December 1, 2010

Gol!

Siapa tak kenal futsal. Sukan paling popular di dunia. Sukan untuk semua tak kira miskin kaya atau tua muda. Yang kaki bangku turut tak ketinggalan. Dalam futsal kita dapat kawan baru, boleh tunjuk skill gentel yang tak ke mana dan boleh sumbat gol cantik. Cuma yang tak syok kalau kita yang 'GOL!' ketika bermain.

Selain kehendak Ilahi yang menetapkan ajal maut, Wa syak arwah Shamrin meninggal akibat faktor stamina.

Wa banyak kawan-kawan jenis sampai padang terus terjun dari motor tak menyempat dah nak mengentel bola. Tak sampai 5 minit dah terkulai tepi longkang sebab nyawa di hujung tongkeng. Ni semua kes nak kejar azan maghrib punya pasal. Wisel penamat bagi kutu-kutu Taman Guru.

Nak main sukan yang melibatkan kederat dan nyawa ni perlulah sekurang-kurangnya 10 minit untuk panaskan badan. Warm up dan streaching lebih kurang. Messi yang level dunia pun warm up sebelum main. Takdenya dia turun bas terus main. Kerja gila tu semua.

Sayangilah keluarga anda. Futsal ialah sukan menyihatkan badan bukan tempat nak membunuh diri. Panaskan badan secukupnya sebelum main. Yang merokok tu, buat extra sikit kasi cun-cun.

Al-Fatihah buat arwah Shamrin dan takziah buat keluarga beliau.

P/S : Wa main sebiji macam Messi. Score tadi pun macam Villa. Sumpah!

Tuesday, November 30, 2010

Canggih sungguh.

Zaman Wa dulu perkara paling canggih adalah public phone warna Oren. Masuk seposen boleh cakap sampai pekak. Kemudian datang zaman handphone... Wa rasa amat canggih sebab Wa pakai Motorola gedabak Wa tak tau model apa. Yang pasti kalau Wa duduk rumah Wa sumbat batteri tebal. Nak lepak Kompleks Teruntum Wa sumbat batteri nipis. Zaman semakin canggih bila kerajaan membuka tingkap ke dunia internet. Wa rasa berdebar sebab Wa terlalu canggih dengan line dial up 56kbps dan pandai A/S/L di MiRC.

Sekarang ni, zaman dah jauh berbeza. Terlampau canggih tak bertempat. Sejajar dengan kecanggihan ni, masalah sosial semakin tenat! Wa malas nak cerita panjang pasal ni sebab makin cerita makin menjadi. Lu pandai-pandai Google baca sendiri. Kalau Wa citer, bukan masuk otak pun.

Ok! Sekarang Wa nak main futsal. Gejala amalan sosial yang sihat. Wa nak merembat orang dengan rasa canggih sebab sekarang ni Wa blogging guna handphone si buah berri hitam Wa. Canggih kan dunia sekarang ni? Harap takde orang bom KLCC guna handphone.

Monday, November 29, 2010

kembali ke dunia realiti....

Wa ber"insyaallah" dalam entri lepas nak update blog ni 2 entri sehari. Nampaknya hasrat belum tercapai. Ini semua sebab wa sibuk menguruskan hidup wa sehari-hari dan bertungkus lumus mencari seringgit dua buat makan dan membayar hutang dunia. Wa betul-betul tak ada masa untuk perkara yang percuma.

Apa yang wa belajar sekarang, setiap keputusan atau tindakan yang kita ambil tak semestinya memberi impak serta merta. Jadi, wa lunyai dan gagal mencipta kehidupan yang cemerlang disebabkan tindakan wa 15 tahun lepas.

Kalau wa lulus Kimia A1 dulu, dah tentu wa cipta sebuah mesin masa untuk balik semula ke tahun 1995 serta memberi tendangan bayangan kat diri wa sendiri sebelum keputusan tongong diambil yang secara tak langsung boleh mengubah sejarah hidup wa. Tapi sayang wa bukan aliran sains, wa mat sastera ( dulu aliran sastera ni untuk budak-budak otak lesung je).

wa sibuk membaiki kerosakan hidup wa selama ini yang kadang kala semakin rosak setiap kali wa cuba baiki. Umpama membaiki kereta, hari ini baiki kipas, esok radiator yang rosak.

Tapi wa tetap bersyukur, sebab dugaan yang wa dapat tak sehebat mana kalau dibandingkan dengan dugaan hidup si penagih dadah, perogol, pembunuh, perompak dan segala "pe" dalam dunia ni.

2010 dah nak blah lagi sebulan hidup wa masih lagi rosak-rosak dan perlu dibaiki. Wa harap 2011 nanti, wa siap overhaul hidup wa jadi tip top. Tak payah nak baiki-baiki cuma maintain tip top. Yang paling penting wa boleh pecut "kaw-kaw" tanpa risau skru-skru enjin hidup wa terbarai lagi.

Okeh! sekarang wa nak balik Taman Guru. Apa cerita Taman?



Thursday, August 5, 2010

Kamu ini.. anak cikgu kah?

Hari Isnin lepas wa balik Taman Guru. Rindu sungguh dengan bau udara, pemandangan dan suasana walaupun hambar macam biasa.. nothing special orang putih kabo. Petang tu wa ronda-ronda dengan kereta buat satu tawaf dalam kelajuan 20 Kmh dengan kadar minyak RM1.85 seliter. Kalau dulu wa gohet basikal je. sepuluh kali tawaf pun takde hal.

Sampai rumah wa termangu. Betapa pantas masa mengubah segala-galanya. Dari struktur muka bumi, hingga ke tabiat manusia-manusia di Taman Guru ni.

Wa tertanya-tanya, kamu ini anak cikgu kah?

Wa tengok remaja-remaja lelaki yang masih berseluar sekolah hijau, dengan t-shirt sukan rumah biru pada hemat wa, sambil rokok tercokeng di mulut takde segan silu berlumba motosikal di lorong 7.

Dulu pun kami berlumba juga... tapi kami hormat penduduk lain, kami bimbang keselamatan anak-anak jiran kami, kami takut orang mati terkejut mendengar ekzos bising kami. Jadi, kami berlumba di tempat lain. Di kawasan yang tiada berpenghuni. Di jalan-jalan yang takde kanak-kanak bebas bermain-main. Dulu kami merokok juga, tapi kami tak selit rokok di telinga, tercokeng di mulut ke hulu hilir dengan bangga.

Wa tau kamu berdarah muda. tak 'in' kalau meter EX5 kamu tak cecah 100. Tapi, pergilah ke lain. kamu nak ke langit biru ke langit hijau ke, pergilah. Ibubapa kamu tak akan dapat anugerah kalau iye pun kamu boleh willie dari depan rumah Haji Ramli sampai ke rumah Polong.

Alahai, remaja Taman Guru..... wa down la tengok lu macam ni...






Masa itu emas orang kabo....

Dah berapa lama wa tak update blog ni.... masa memang tak mengizinkan. dunia.. dunia... sungguh-sungguh lu melunyaikan wa!

insyaallah! wa akan cuba update blog Taman Guru ni sehari 2 entry.. kalau 5 kali sehari tak jadi keje lain pulak...

Friday, May 28, 2010

Klasik #3 1986 Galah panjang, Streetball dan Kak Mimi

Sepanjang wa pindah Taman Guru, wa lebih banyak duduk rumah. Tak macam ketika di Transit, banyak duduk dalam parit dari rumah. Abang-abang wa memang jenis duduk rumah. Kalau mereka keluar pun semestinya wa akan ketinggalan. Dengan rasuah main nyorok-nyorok, mereka bijak mempermainkan wa. Cukup 100 wa kira, mereka pasti hilang tanpa dikesan.

Tapi tahun ni agak berlainan sikit. Warga Taman Guru sudah bertambah, kutu-kutu dah nampak merewang sana-sini dengan muka keras. Maklumlah baru berpindah ke taman perumahan berprestij. Tapi wa tetap cool. Sambil-sambil mengira guli susu, wa observe kutu-kutu yang menunggang BMX depan rumah wa. Ada BMX merah, biasanya biru. Wa dengar khabar angin, sapa ada BMX dah kira sangat kaya. Wa tak ambik pot sebab wa ada Raleigh.

Abang-abang wa dah rekrut geng mereka sendiri. Mungkin kutu-kutu sama sekolah. Yang wa ingat, Jefri duduk dekat lorong karyawan 1, Farid Hadi lorong Karyawan 6, Safuan dari lorong Karyawan 14 dan Azrai dari lorong Karyawan 3. Wa tak faham kenapa orang yang design perumahan ni letak lorong berterabur macam tak pandai mengira. Tak mungkin mereka gagal dalam ilmu hisab? Susah sangatkah nak susun lorong ikut turutan nombor? Wa kesian uncle india posmen yang hantar surat hari-hari naik motor yamaha 80 biru. Tapi sampai sekarang wa confuse, apa pertalian dia dengan uncle jual aiskrim petang-petang.

Hujung lorong rumah wa pun dah ada orang pindah. info dari mak wa, rumah tu kepunyaan Cikgu Ibrahim, isteri dia nama Cikgu Halimah mengajar di sekolah Sg Karang. Anak-anak dia, Zulazmi, Noni dan Shukri jadi geng main guli susu, happy family dan tepuk kad dengan wa. Bermula dari situ, selepas kartun Voltron, Ewoks, Smurfs dan Thundercats setiap hari jam 5, wa dah panas nak keluar rumah menjalankan aktiviti sihat. Keluarga Cikgu Ibrahim amat warak. Setiap malam Selasa dan Jumaat mereka mengadakan perjumpaan dan berwirid sampai pagi. Wa kagum!

Sukan harian abang-abang wa setiap petang tak lain ialah galah panjang kat jalan mati depan rumah Jefri. Dari situ, wa baru tau galah panjang ni bukan sukan untuk budak kecik semata-mata. Patut diketengahkan dan diperkenalkan dalam Sukma oleh Menteri Kebudayaan dan Sukan. Sangat sihat dan mengujakan! wa dapat join derang main pun nasib-nasib. Bila tak cukup kaki khidmat wa akan dipanggil. Skill menyelit wa time tu kalau Christiano Ronaldo tengok memang dia bakar colok sembah wa! Sangat super!!

Merekalah generasi-generasi awal Taman Guru yang wa kenal. Galah panjang, tukar setem, layang-layang, guli, sauk rama-rama,boyok duduk adalah aktiviti kami seharian. Dari Azrai, wa kenal adik dia Akmal, tapi orang panggil dia Boy. Boy ni kecik-kecik dah kelakar. Habis sekolah, dia dengan Azrai mesti datang rumah wa bawak sauk nak tangkap rama-rama. Jarak rumah dia ngan rumah wa selang satu buah rumah. Tapi wa dalam jajahan lorong Karyawan 4. Sejak wa kenal Boy, wa susah nak bahagikan jadual wa yang sedia ketat dengan kartun, guli susu, tepuk kad. Boy suka tangkap ikan dan bola. Memang masuk dengan jiwa wa yang dah sedia minat menangkap ikan dan bola walaupun wa tak pandai main bola macam abang wa. Bertambahlah aktiviti wa sejak dari situ. Habis semua longkang kat Taman Guru kami teroka. Haruan, Sepat, Puyu, Kura-kura pun kami sauk! skill dia simple, Boy tahan sauk kat depan, wa tukang halau. hasil sangat lumayan! Wa dah tak ambik port pasal galah panjang ngan abang-abang wa. Itu permainanan kanak-kanak riang kata Boy. Jadi kami membawa haluan masing-masing.

Operasi menangkap ikan ni memperkenalkan wa dengan dua lagi kutu generasi awal Taman Guru. Hafiz, yang muka hensem dan innocent tapi berjiwa thrash metal. Hafiz sangat baik budaknya dari family yang berada. Wa kenal Iron Maiden, Bulldozer, dan macam-macam lagi kumpulan rock yang wa sakit kepala nak ingat dari dia. Lagu top masa tu yang satu-satunya wa ingat, Seven Son Of Seven Son. Pukulan lagu tu buat wa sanggup dye lambang kumpulan Iron Maiden yang macam setan pada baju pendidikan jasmani. Upah dia wa kena rembat dengan rotan oleh mak wa. Tragik!

Dari dia juga wa kenal Atari, sejenis alat yang amat mengkhayalkan pada zaman ni mengalahkan syabu! Upah dia rotan dari mak wa sebab wa bertandang rumah hafiz sampai tak ingat nak balik. Tengok macam mana yahudi merosakkan anak melayu. Solid!

Sorang lagi kutu dari lorong Karyawan 4 selang 3 buah rumah dari wa. Kutu ni hensem, cool dan berbulu emas. Nama dia Megat. Bermula dari situ aktiviti harian wa penuh dengan menangkap ikan, main rounders, baling tin, bolasepak, bola chop, meneroka setiap rumah kosong kat Taman Guru sambil menanda "we waz ere" kat dinding, main pasir, main minyak tar dan macam-macam lagi.

Setiap hari lepas drama radio No 9 persiaran 1, wa dengan abang wa pergi mengaji kat rumah Tuan Syed. Kat situ, wa kenal Abang Long, satu-satunya juara dunia dalam acara marathon.Wa pasti tak mungkin ada orang yang boleh beat kehebatan dia. Sungguhpun dia OKU, wa kagum dengan sifat dia. Abang Long tak pernah menganiaya orang. Tapi sebagai kanak-kanak normal, wa tetap takut dengan dia.

Dekat situ, wa kenal Wan (arwah). Anak orang kaya, rumah besar gedabak siap ada interkom. Semestinya kejakunan wa buat wa lebih lama bersidai kat pintu pagar rumah dia sambil berintekom dengan kutu-kutu dalam rumah. Dekat sini, wa habiskan masa tengok Wan bermain pingpong dengan kutu-kutu yang wa tak berapa kenal.

Sempena piala dunia, kami tinggalkan semua aktiviti lain selain dari bola. Oleh sebab kepandaian kontraktor kerajaan, Taman guru siap tanpa padang. Padang yang sedia ada kini dulunya tempat bancuh simen dan pembuangan batu. separuh lagi paya kekal. Tapak surau dulunya padang sementara pun tak boleh digunakan. Wa mula main bola dekat padang tapak surau, seingat wa sekitar tahun 1991. Jasa padang ni kalau nak diukur, memang tak terkira. Padang tu adalah "one stop center" untuk kutu-kutu Taman Guru sambil mengeratkan persahabatan sesama kutu. Tak kurang juga yang bertumbuk hari ni, esok petang berkawan semula pun ada. Tengoklah betapa hebatnya aura padang ni. Mungkin sebab tu lah juga mereka naikkan surau kat situ. Murni sifatnya...

Oleh disebabkan kurang bijaknya kerajaan, kami menjadi lebih bijak dengan memperkenalkan Streetball. Lokasi permainan biasanya di lorong-lorong mati sekitar rumah Jefri dan di depan rumah YB Tajuddin Nor sekiranya rantai basikal Safuan putus. Jarak rumah Safuan ke rumah Jefri agak jauh. Kami bimbang dia diculik hantu kopek dalam hutan depan rumah Pudin kalau dia balik jalan kaki sorang bila Maghrib. Abang wa, sorang je yang pandai main bola sejak dari Transit. Cuma Azizul Kamaludin je yang lepas wakil Malaysia. Tapi wa tetap bangga sebab dia jauh lebih bagus dari Shukur Adan. Lagi sorang abang wa, wa tak pasti kenapa kaki dia tak masuk dengan bola. Jadi nak mencukupkan orang dia terpilih juga dalam skuad Streetball Taman Guru. Pasukan mana yang dapat, haruslah malang dan ayam. Lebih ngilu kalau tuan punya bola dalam pasukan yang kalah. Esok pasti tiada Streetball untuk kami.. jiwa hamjadah!

Bila tiba waktu ke sekolah masing-masing ligat bercerita pasal game streetball semalam. Ada yang dah mencongak-congak strategi untuk permainan hari ini sambil menunggu satu-satunya perkhidmatan bas sekolah di Taman Guru yang datang tak tentu masa. Itulah Kak Mimi, lady driver bas kami yang pertama. Kak Mimi ada dua buah bas. satu kontot kaler hijau belang putih, satu lagi panjang warna biru yang dikendalikan suaminya yang dikenali sebagai Abang Man. Setiap hari bas kontot ni merintih-rintih disebabkan besarnya Kak Mimi ni amat tidak masuk akal. Kegagalan sistem gear bas Kak Mimi mengeluarkan bunyi kreeeek kreeeek kreeek setiap kali Kak Mimi mengenakan gear satu tanpa menekan pedal klac dengan tapak kaki bersaiz 20 mengakibatkan kami lebih banyak berhimpit-himpit di dalam van Nissan C20 gear di tangan dari menaiki bas. Sungguh azab!!

Pernah satu ketika, sedang kami leka bercerita tentang Streetball berselang seli Piala dunia, kami tersedar yang kami masih di depan rumah Yusri Salim sampai cerah. Jam menunjukkan pukul 7:15 pagi, Ah! kami lambat!!! Kak Mimi tidur sambil berdengkur lagi!!!!!

Wednesday, May 26, 2010

Klasik #2 - 1985 Santan, serbuk kari dan Sardin

Serentak dengan perpindahan wa ke Taman Guru, wa pun pindah sekolah dari St Thomas ke Sek Keb Batu 3. Itu planning mak wa bagi memudahkan arrangement anak-anak dia.

Bermula dari situ, wa berkenalan dengan bas Bee Huat dan juga bas Leng Huat. Laluan Bee Huat ni, yang wa tau cuma pegi Batu 6 tapi kadang-kadang boleh terbabas sampai Ubai kalau salah naik. Leng Huat kaler merah pegi Taman Tas ngan Jaya Gading.

Bas-bas ni semua buruk nauzubillah! Tiap-tiap hari mesti bau air ikan. Tambang pegi bandor cuma 30 sen. Time tu bas Kuantan Town Service tak sampai area Taman Guru. Tak pandai langsung derang buat bisnes plan. Bisnes forecast tak jauh! itu pasal melingkup. tapi punca utama mungkin juga sebab budak-budak Taman Guru selalu naik free. Zaman ni gak la wa kenal teksi Wak jenis Opel Gemini. Kira zaman tu kereta ni kira top setanding dengan kereta sophisikated Proton Saga Magma... caj tambang cuma seringgit.

Adik-beradik wa sume maintain sekolah kat bandor kecuali abg wa sorang kat Batu 3 juga. Yang lain wa tak sure sekolah mana. Wa rasa masing-masing kat Abdullah dan Assunta. Cara mana derang pegi sekolah wa sampai sekarang tak tahu. Pergerakan wa sekeluarga agak terbatas atas sebab-sebab pengangkutan. wa bergantung harap sepenuhnya pada perkhidmatan awam yang tak berapa cun sangat. Bas sekolah tak masuk kat Taman Guru zaman ni. Kak Mimi ngan Abang Man tengah buat paperwork lagi nak start bisnes bas sekolah kat Taman Guru. Pakcik Din, wa tak tahu dia dah bawa bas ke belum.

Kutu-kutu pun tak ramai lagi kat Taman Guru. Tapi wa dah boleh nampak projek pindah randah agak rancak. Tiap-tiap hari mesti ada lori bawak barang masuk. Sekejap lori askar, sekejap black maria, sekejap lori buruk. Wa tak sure Cikgu Shahar sekeluarga pindah guna lori ke tidak. lampu-lampu jalan dah mula ada walaupun jarak setiang sebatu, tapi kemeriahan kat Taman Guru dah boleh rasa. Tambah pulak penduduk Taman Guru ni kaya-kaya sebab pakai mentol bulb 100 watt. Dia punya terang boleh bikin buta langsuir atas pokok sena depan rumah Pudin.

Cuma meriahnya Taman Guru agak gagal sikit, sebab serba-serbi takde. kedai runcit, surau, padang, apa haram semua belum ready. Bangunan kedai kat simpang pun tak ada lagi. Asalnya tempat pembuangan lori hantu buruk dengan mesin bancuh simen rosak. Bangunan paling canggih dekat simpang tu adalah bus stand. bijak design dia.. kukuh pembinaannya tapi tetap merah sebab kena tanah. lepas tu ada parit tempat wa tangkap ikan puyu, sepat ngan haruan. wa selalu jual hasil tangkapan wa kat Aunty Marie. Wa stop jual ikan kat dia lepas dia cakap dah terlampau banyak ikan kat rumah dia. dia dah tak tahu nak letak mana. Kolam tanah dengan akuarium rumah dia dah penuh dengan spesis puyu dan sepat hasil jualan wa. Lu bayangkan betapa untungnya bisnes ikan time tu. Aunty Marie ni ada anak dara boleh tahan cun. Muka dia macam ada iras-iras Halle Berry. Tapi wa hairan kenapa muka Fadzil tak cun? Mungkin sebab tu juga dia amat kaki bangku dalam arena sukan bolasepak Taman Guru, nak timbang bola takraw apatah lagi. gagal dia maksimum!

Masa ni wa tak pernah terpikir akan ada orang bina kedai nama 7 Eleven dalam parit depan Taman Guru yang secara tak langsung membunuh operasi bisnes Hj Zaidon. Oleh sebab tak ada satu kedai pun kat Taman Guru,wa terpaksa kayuh basikal ke kedai Pakcik Geng kat kampung sebelah semata-mata nak beli santan ngan sardin. Ada balance duit, wa beli jeruk ngan chewing gum tatoo macam biase. Dekat situ jugak wa kenal ngan Bujang, Midi ngan Paie. Paie ni berlagak konon-konon dia tu Eric Cantona. Tapi main bola macam kampang! tak ke mana gak pergi dia dalam sukan bola. Jalan mendada ke hulu hilir. Kena tampor dengan sham kambing, menangis balik rumah tinggal basikal kat padang. Tapi tak lama lepas tu dia datang balik bawak geng nak repeat, kena sergah pulak ngan Polong habis berterabur semua lari. Perangai semua macam hamjadah. Time tu juga ada geng nama Gagak Hitam. Wa tak kenal siapa anggota dia. berbahayakah geng ni? gangster sangatkah? next time wa cite pasal geng ni yang anggota dia ialah Remy, Das dan Nuar. Wa dengar cite derang ni semua sepupu. Tapi ada antara mereka tak mengaku sedara. Wa pun hairan...

Ada lagi satu kedai runcit yang ON kat Batu 5. Kedai ni Abg Zainal punya. tapi wa jarang pegi sebab kena melintas jalan. Agak berbahaya sikit, sebab Mahathir baru je launch kereta nasional Proton Saga Magma. Mana-mana orang Kuantan yang baru beli time tu selok-selok diri drive macam jembalang. Jadi risiko nak kena lenyek tu tinggi. Kadang-kadang terpaksa juga sebab mak wa suruh pergi package dengan hantar jahit tepi kat rumah Mek sebelah kedai tu. Kaki, selipar Tat Seng memang sah merah-merah kena tanah. Dulu depan Taman Guru jalan sehala. Side table diturap dengan tanah merah macam jalan dekat Gua Musang. Kalau musim tengkujuh lagilah daifnya jalan tu. Basikal abang wa memang tak pernah ada brek. Ringan sikit katanya kalau time nak racing. Jadi statement dia tu buat wa faham kenapa basikal dia barai sampai sekarang tak repair-repair. Kalau nak berenti, kena brek 2 kaki sodok tanah merah. kalau bas Leng Huat brek emergency sebab ada malaon tekan loceng nak berhenti kat simpang Kg Telok Mahang, haruslah satu badan merah kena tanah jawabnya. Wa rasa sebab tu gak la wa kena lelah.... celakak!

Wa start pegi kedai cina kat Mat Kilau time dah besar sikit. Zaman dah pandai beli rokok dunhill tak pun surya hitam main batang-batang. Tapi yang lebihnya sebab nak tengok anak dara dia. Anak dara dia boleh consider cute gila! tapi sekarang wa tak sure mana satu dia mana satu mak dia. rupa lebih kurang sama!!! Wa ingat lagi kat situ dulu takde apa-apa cuma ladang getah. Selama wa ulang alik ke Pekan Sari batu 6 tiap hari sabtu, wa tak pasti tahun bila derang pacak kedai dekat situ. Pekan Sari batu 6 tu outing paling hebat untuk penduduk Taman Guru zaman ni. 1986 lagi happening sebab MSM start sewa rumah kat Taman Guru untuk student-student.

Kedai Sopi pun wa tak ingat bila grand opening dia. Cuma wa ingat tahun 1991 kedai dia dah terpacak kat situ. Satu-satunya kedai runcit yang paling grand dan agak moden kat Taman Guru!!! Tapi kalau nak beli santan time Sopi tengah sibuk berjejeh air liur cabut rambut, memang confirm kena kukur sendiri.. Hamjadah! Time tu hilang grand dia serta merta!!!!!


Tuesday, May 25, 2010

Klasik 1# - 1984 - Bermulanya di sini

Tahap memori wa boleh dikategorikan agak lem. Payah nak ingat kenangan dulu kecuali menda yang melibatkan sebatan getah paip, kena lada mulut, kantoi yang grand dan perkara kelakor tak hengat.

Sebelum wa pindah Taman Guru, wa lahir kat Transit Quarters. No rumah 1191-B jalan menda wa tak ingat!! kampit! raub ke bentong. Tapi sekarang akibat pembangunan UMNO yang pesat kat area tu... tapak umah wa dah takde. mungkin dah jadi pusat urut reflexsologi yang menawarkan servis pingpong agaknya. Biarkan...

1984, tahun terakhir wa main parit tepi umah Manjula, main konda kondi, main galah panjang, tunggang basikal ichiban abg wa pegi beli aiskrim asam masin ngan jeruk kat umah Makcik Gemok keta volvo BAM. Tak pun bergelumang dalam sungai galing kat tepi umah Arip tangkap ikan Gapi. Tahun ni gak lah wa dah sibuk berulang alik pegi taman guru nak kemas rumah luar dalam sebab penghijrahan semakin hampir.. projek mengemas ni terdiri daripada mencabut pokok duri gajah.. jenis pokok duri aku tak tahu spesis zaman dinasour tahun berapa... besor dia, panjang dia, kuatnya akor dia macam tongkat ali!!! hamjadah! rabit-rabit betis ngan tangan wa nak cabut semua. Tugas wa simple, cabut akor duri gajoh, cabut lalang, cakor masuk dalam pongkes pastu buang. Besok pokok baru tumbuh wa repeat menda yang sama. Begitulah seterusnya sampai pokok duri gajoh tu pupus. Wa percaya pokok tu tak sempat nak bercambah kat rumah lu orang. Hasil kegigihan wa ngan abg-abg wa membasmi spesis duri gajoh ni.

Time wa ngan family pindah, letrik pun tak online lagi. Kalau botok dah keja, mungkin boleh ejas-ejas sikit kasi cepat. Tapi botok, wa yakin masih berhingus lagi time tu. Jalan pun nak cakap tar bukan tar. Tapi standard dia memang tak menepati piawaian perumahan berprestij tinggi!!! Penyebab utama sepit udang dan prewei basikal raleigh abg wa jahanam. Pokok-pokok Sena semua kecik-kecik lagi, comel-comel sekali karate pun boleh patah tiga! tapi cuba karate skang tengok apa jadi. Orang pun tak berapa ada, yang dah pindah kat sebelah umoh Hatta Jipang, Pakcik Abib, ngan family wa dan juga pekerja-pekerja indon yang tengah sibuk menyiapkan umoh sham kambing, boy muda, cikgu Pa, mat sape, syed kecik, zammarano, burger, bangau, norman hakim dan lain-lain. Indon-Indon ni selain sibuk buat umoh, derang sibuk juga menyamun. Kalo burger dah keja time tu, wa bleh aci kerat jari dialah kakitangan cemerlang 4 tahun berturut-turut dalam kategori membasmi PATI.

Fasa belakang start dari umah sham kambing membawak ke rumah syed kecik sampai ke umah polong tak buka lagi still dalam pembinaan. Yang fasa-fasa baru tu jangan harap lah. Masih hutan belantara! tempat jin bertendang, laluan babi, pembiakan ulor ngan laluan tetap indon lari selamatkan diri. Time tu ada sorang jaga yang tak bengis tapi berlagak bengis jaga area tu. Early generation Taman Guru panggil dia pakcik buncit! Wa tak tau umah kongsi dia kat mana. Tapi pakcik buncit ni akan terpacul je mana-mana dia suka kat area belakang tu. Tempat favourite dia biasa muncul, tapak balai raya. Dulu court sepak takraw. Wa bajet dia ada simpan hantu raya.

Masing-masing pakai pelita nyonya ngan pelita tujuh likur sampai LLN pasang api. Mak wa masak guna dapur minyak tanah yang warna biru cap rama-rama. Rasa lauk dia peh! mcm makan time lapor 2 hari tak dapat makan. Lauk singgang pun boleh licin. Yang pasti, kat Taman Guru ni rata-rata, datang dari Transit ngan Kemunting ada jugok dari area-area lain, tp wa rasa geng-geng Transit lagi gangster rock dari budak-budak Kemunting.... nak harapkan geng-geng dari Panching? hampeh...