Friday, May 28, 2010

Klasik #3 1986 Galah panjang, Streetball dan Kak Mimi

Sepanjang wa pindah Taman Guru, wa lebih banyak duduk rumah. Tak macam ketika di Transit, banyak duduk dalam parit dari rumah. Abang-abang wa memang jenis duduk rumah. Kalau mereka keluar pun semestinya wa akan ketinggalan. Dengan rasuah main nyorok-nyorok, mereka bijak mempermainkan wa. Cukup 100 wa kira, mereka pasti hilang tanpa dikesan.

Tapi tahun ni agak berlainan sikit. Warga Taman Guru sudah bertambah, kutu-kutu dah nampak merewang sana-sini dengan muka keras. Maklumlah baru berpindah ke taman perumahan berprestij. Tapi wa tetap cool. Sambil-sambil mengira guli susu, wa observe kutu-kutu yang menunggang BMX depan rumah wa. Ada BMX merah, biasanya biru. Wa dengar khabar angin, sapa ada BMX dah kira sangat kaya. Wa tak ambik pot sebab wa ada Raleigh.

Abang-abang wa dah rekrut geng mereka sendiri. Mungkin kutu-kutu sama sekolah. Yang wa ingat, Jefri duduk dekat lorong karyawan 1, Farid Hadi lorong Karyawan 6, Safuan dari lorong Karyawan 14 dan Azrai dari lorong Karyawan 3. Wa tak faham kenapa orang yang design perumahan ni letak lorong berterabur macam tak pandai mengira. Tak mungkin mereka gagal dalam ilmu hisab? Susah sangatkah nak susun lorong ikut turutan nombor? Wa kesian uncle india posmen yang hantar surat hari-hari naik motor yamaha 80 biru. Tapi sampai sekarang wa confuse, apa pertalian dia dengan uncle jual aiskrim petang-petang.

Hujung lorong rumah wa pun dah ada orang pindah. info dari mak wa, rumah tu kepunyaan Cikgu Ibrahim, isteri dia nama Cikgu Halimah mengajar di sekolah Sg Karang. Anak-anak dia, Zulazmi, Noni dan Shukri jadi geng main guli susu, happy family dan tepuk kad dengan wa. Bermula dari situ, selepas kartun Voltron, Ewoks, Smurfs dan Thundercats setiap hari jam 5, wa dah panas nak keluar rumah menjalankan aktiviti sihat. Keluarga Cikgu Ibrahim amat warak. Setiap malam Selasa dan Jumaat mereka mengadakan perjumpaan dan berwirid sampai pagi. Wa kagum!

Sukan harian abang-abang wa setiap petang tak lain ialah galah panjang kat jalan mati depan rumah Jefri. Dari situ, wa baru tau galah panjang ni bukan sukan untuk budak kecik semata-mata. Patut diketengahkan dan diperkenalkan dalam Sukma oleh Menteri Kebudayaan dan Sukan. Sangat sihat dan mengujakan! wa dapat join derang main pun nasib-nasib. Bila tak cukup kaki khidmat wa akan dipanggil. Skill menyelit wa time tu kalau Christiano Ronaldo tengok memang dia bakar colok sembah wa! Sangat super!!

Merekalah generasi-generasi awal Taman Guru yang wa kenal. Galah panjang, tukar setem, layang-layang, guli, sauk rama-rama,boyok duduk adalah aktiviti kami seharian. Dari Azrai, wa kenal adik dia Akmal, tapi orang panggil dia Boy. Boy ni kecik-kecik dah kelakar. Habis sekolah, dia dengan Azrai mesti datang rumah wa bawak sauk nak tangkap rama-rama. Jarak rumah dia ngan rumah wa selang satu buah rumah. Tapi wa dalam jajahan lorong Karyawan 4. Sejak wa kenal Boy, wa susah nak bahagikan jadual wa yang sedia ketat dengan kartun, guli susu, tepuk kad. Boy suka tangkap ikan dan bola. Memang masuk dengan jiwa wa yang dah sedia minat menangkap ikan dan bola walaupun wa tak pandai main bola macam abang wa. Bertambahlah aktiviti wa sejak dari situ. Habis semua longkang kat Taman Guru kami teroka. Haruan, Sepat, Puyu, Kura-kura pun kami sauk! skill dia simple, Boy tahan sauk kat depan, wa tukang halau. hasil sangat lumayan! Wa dah tak ambik port pasal galah panjang ngan abang-abang wa. Itu permainanan kanak-kanak riang kata Boy. Jadi kami membawa haluan masing-masing.

Operasi menangkap ikan ni memperkenalkan wa dengan dua lagi kutu generasi awal Taman Guru. Hafiz, yang muka hensem dan innocent tapi berjiwa thrash metal. Hafiz sangat baik budaknya dari family yang berada. Wa kenal Iron Maiden, Bulldozer, dan macam-macam lagi kumpulan rock yang wa sakit kepala nak ingat dari dia. Lagu top masa tu yang satu-satunya wa ingat, Seven Son Of Seven Son. Pukulan lagu tu buat wa sanggup dye lambang kumpulan Iron Maiden yang macam setan pada baju pendidikan jasmani. Upah dia wa kena rembat dengan rotan oleh mak wa. Tragik!

Dari dia juga wa kenal Atari, sejenis alat yang amat mengkhayalkan pada zaman ni mengalahkan syabu! Upah dia rotan dari mak wa sebab wa bertandang rumah hafiz sampai tak ingat nak balik. Tengok macam mana yahudi merosakkan anak melayu. Solid!

Sorang lagi kutu dari lorong Karyawan 4 selang 3 buah rumah dari wa. Kutu ni hensem, cool dan berbulu emas. Nama dia Megat. Bermula dari situ aktiviti harian wa penuh dengan menangkap ikan, main rounders, baling tin, bolasepak, bola chop, meneroka setiap rumah kosong kat Taman Guru sambil menanda "we waz ere" kat dinding, main pasir, main minyak tar dan macam-macam lagi.

Setiap hari lepas drama radio No 9 persiaran 1, wa dengan abang wa pergi mengaji kat rumah Tuan Syed. Kat situ, wa kenal Abang Long, satu-satunya juara dunia dalam acara marathon.Wa pasti tak mungkin ada orang yang boleh beat kehebatan dia. Sungguhpun dia OKU, wa kagum dengan sifat dia. Abang Long tak pernah menganiaya orang. Tapi sebagai kanak-kanak normal, wa tetap takut dengan dia.

Dekat situ, wa kenal Wan (arwah). Anak orang kaya, rumah besar gedabak siap ada interkom. Semestinya kejakunan wa buat wa lebih lama bersidai kat pintu pagar rumah dia sambil berintekom dengan kutu-kutu dalam rumah. Dekat sini, wa habiskan masa tengok Wan bermain pingpong dengan kutu-kutu yang wa tak berapa kenal.

Sempena piala dunia, kami tinggalkan semua aktiviti lain selain dari bola. Oleh sebab kepandaian kontraktor kerajaan, Taman guru siap tanpa padang. Padang yang sedia ada kini dulunya tempat bancuh simen dan pembuangan batu. separuh lagi paya kekal. Tapak surau dulunya padang sementara pun tak boleh digunakan. Wa mula main bola dekat padang tapak surau, seingat wa sekitar tahun 1991. Jasa padang ni kalau nak diukur, memang tak terkira. Padang tu adalah "one stop center" untuk kutu-kutu Taman Guru sambil mengeratkan persahabatan sesama kutu. Tak kurang juga yang bertumbuk hari ni, esok petang berkawan semula pun ada. Tengoklah betapa hebatnya aura padang ni. Mungkin sebab tu lah juga mereka naikkan surau kat situ. Murni sifatnya...

Oleh disebabkan kurang bijaknya kerajaan, kami menjadi lebih bijak dengan memperkenalkan Streetball. Lokasi permainan biasanya di lorong-lorong mati sekitar rumah Jefri dan di depan rumah YB Tajuddin Nor sekiranya rantai basikal Safuan putus. Jarak rumah Safuan ke rumah Jefri agak jauh. Kami bimbang dia diculik hantu kopek dalam hutan depan rumah Pudin kalau dia balik jalan kaki sorang bila Maghrib. Abang wa, sorang je yang pandai main bola sejak dari Transit. Cuma Azizul Kamaludin je yang lepas wakil Malaysia. Tapi wa tetap bangga sebab dia jauh lebih bagus dari Shukur Adan. Lagi sorang abang wa, wa tak pasti kenapa kaki dia tak masuk dengan bola. Jadi nak mencukupkan orang dia terpilih juga dalam skuad Streetball Taman Guru. Pasukan mana yang dapat, haruslah malang dan ayam. Lebih ngilu kalau tuan punya bola dalam pasukan yang kalah. Esok pasti tiada Streetball untuk kami.. jiwa hamjadah!

Bila tiba waktu ke sekolah masing-masing ligat bercerita pasal game streetball semalam. Ada yang dah mencongak-congak strategi untuk permainan hari ini sambil menunggu satu-satunya perkhidmatan bas sekolah di Taman Guru yang datang tak tentu masa. Itulah Kak Mimi, lady driver bas kami yang pertama. Kak Mimi ada dua buah bas. satu kontot kaler hijau belang putih, satu lagi panjang warna biru yang dikendalikan suaminya yang dikenali sebagai Abang Man. Setiap hari bas kontot ni merintih-rintih disebabkan besarnya Kak Mimi ni amat tidak masuk akal. Kegagalan sistem gear bas Kak Mimi mengeluarkan bunyi kreeeek kreeeek kreeek setiap kali Kak Mimi mengenakan gear satu tanpa menekan pedal klac dengan tapak kaki bersaiz 20 mengakibatkan kami lebih banyak berhimpit-himpit di dalam van Nissan C20 gear di tangan dari menaiki bas. Sungguh azab!!

Pernah satu ketika, sedang kami leka bercerita tentang Streetball berselang seli Piala dunia, kami tersedar yang kami masih di depan rumah Yusri Salim sampai cerah. Jam menunjukkan pukul 7:15 pagi, Ah! kami lambat!!! Kak Mimi tidur sambil berdengkur lagi!!!!!

1 comment:

  1. wah...kelakar la lu....crita la pasal lu terjun balkoni nak kuar gi sauk ikan...

    ReplyDelete