Saturday, November 26, 2011

Kuching, Sarawak

  1. panas
  2. bahasa yang cantik tapi agak sukar difahami
  3. tinggal di homestay kampung tupong
  4. mengikut kata tuan punya homestay, hj tani, 75 ini adalah kampung yang berusia beratus tahun
  5. bandaraya kuching agak meriah diwaktu malam terutamamya di sepanjang waterfront.
  6. jalanraya yang sangat tinggi mutu tar nya.
  7. tak boleh type huruf besar di sini menggunakan blackberry!

Sunday, November 20, 2011

Sampah dunia

Susah hidup susah ni. Dipandang sebelah mata ibarat puntung rokok di kaki lima jalan Chow Kit.

Zaman sekarang duit berkata-kata, ke mana saja kamu pergi, tak ada duit, kamu adalah sampah. Itu lumrah.

Tak apa, mungkin hari kamu belum tiba. Bukankah hidup ini berputar?

Monday, November 14, 2011

Mentafsir manusia adalah amat sukar

Manusia adalah satu spesis yang amat sukar untuk ditafsir. Walaupun manusia itu secara amnya adalah seorang gadis berpakaian seksi sehingga terserlah payudara dan rekahan di belakang, tafsiran kita secara automatik mengatakan dia adalah seorang GRO adalah tidak semestinya tepat.

Begitu juga tafsiran kita kepada gadis yang bertudung litup. Otak normal kita akan segera mentafsirkan dia adalah seorang yang warak, baik budi pekerti dan calon isteri yang betul juga tidak semestinya tepat.

Saya tertanya-tanya, mengapa kita perlu berselindung disebalik keterampilan dan menyusahkan manusia lain untuk mentafsir diri kita?

Andai diberi pilihan, saya pilih gadis yang seksi dari yang memakai tudung. Kerana, sekiranya tersalah tafsir, dia adalah seorang gadis seksi yang baik dan bukannya seorang GRO. Manakala si gadis yang bertudung, kemungkinan dia adalah seorang GRO separuh masa yang bukan warak dan taat seperti yang disangka tidak boleh diendah begitu sahaja. Peratus kekecewaan adalah sangat tinggi berbanding daripada si gadis seksi tadi.

Oleh itu, jadilah diri kamu sendiri. Jangan berselindung! kerana manusia lain akan berkata-kata sampai bila-bila andainya kamu bukan si gadis bertudung yang sebenar. Berbeza daripada si gadis seksi, manusia akan berkata sekali dan tak mungkin berkata lagi kerana dia menampilkan dirinya yang sebenar walaupun dia adalah seorang si gadis seksi yang tidak pernah melakukan dosa besar dan payah sekali meninggalkan solat wajib...


Masih dikekang tabiat lama.

Mengapa begitu payah bagi saya untuk mengemaskini blog? jawapannya mudah,

"Saya sudah cukup banyak komitmen yang perlu saya tunaikan setiap hari dan saya rasa tak perlu untuk saya menambah derita dan tanggungjawab untuk memastikan blog saya sentiasa kemas"


Saturday, April 30, 2011

Kuala Lumpur

Terima kasih Kuala Lumpur, kamu banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Dan, pada waktu yang sama, kamu benar-benar melunyaikan serta membaraikan hidup aku! Aku hanyut di arus kelalaian dan dosa di dada kamu! kesempatan aku berpaut diranting pada tebing yang berliku memberi sedikit harapan untuk aku memperbaiki hidup dan menjadi seorang manusia yang lebih matang dikemudian hari. Itu jasa kamu... Sungguh! Aku pasti kembali kepangkuanmu suatu hari nanti, tetapi hanya untuk satu persinggahan bagi seorang musafir yang berkelana...... peace out!


Thursday, February 10, 2011

Kuala Lumpur.. Senyumanmu..

Aku dah naik menyampah dengan KL. Naik muak dan nak muntah terperangkap di dalam isi perutnya.

Sesaknya hidup di KL ibaratkan seperti kamu ingin membuang air besar walhal kamu tiada saluran perkumuhan.

Wednesday, February 2, 2011

Gong Xi Fa Cai

Kepada kamu-kamu yang menyambut Tahun Baru Cina, aku ucapkan selamat berbahagia dan semoga kita kekal harmoni di bumi Malaysia.

Semoga kamu tidak terlalu mabuk sehingga melanggar mati orang yang tidak bersalah ketika kamu pulang dari menyambut malam tahun baru nanti.

Semoga kamu tidak terlalu lewat membakar mercun papan agar anak-anak jiran kamu tidak terkejut dari tidur.

Semoga esok, kamu dapat bersama-sama keluarga, berhimpun dan berkasih mesra!...


Selamat Pengantin Baru

Disebabkan kepenatan 2 hari lepas, aku tidak berpeluang untuk mengucapkan 'selamat pengantin baru' secara alam maya buat sepupu aku yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 29hb Jan 2011.

Walaupun aku tahu mereka kini sedang tersenyum panjang lebar dan mungkin terpaksa menunaikan subuh gajah pada malam pertama dan malam-malam seterusnya, aku harap masih belum terlambat untuk ucapan ini.

Selamat Pengantin Baru buat Safura & Riady. Aku doakan kamu berdua tabah mengharungi alam rumah tangga kini dan selamanya. Sebagai seorang isteri, kamu perlu tunaikan tanggungjawab kamu sepenuhnya. Kamu perlu sabar dan tabah menghadapi kerenah dah permintaan suami kamu. Dan kamu, sebagai suami, jangan pula pasang seorang lagi jika isteri kamu dilihat seperti tidak menepati citarasa kamu selepas ini.




Thursday, January 20, 2011

Selamat Menyambut Thaipusam

Kepada semua penganut agama Hindu, Selamat Menyambut Thaipusam. Aku harap kamu semua gembira menyambut bersama keluarga tersayang.

Apa kata kalau kamu tolong parkir kereta elok-elok supaya tidak menghalang lalu lintas yang boleh mengakibatkan kesesakan sampai ke Sg Buloh.

Bukankah dapat pahala jika kamu berbuat baik ketika menyambut perayaan?

Kepada yang tak merayakan hari Thaipusam, janganlah pandu kereta kamu lebih perlahan dari siput sambil keluarkan kepala kalau melewati Batu Caves. Kalau nak tengok berhenti cari parkir turun. Kalau tak nak, tukar gear dua dan pecut. Kasihan orang lain.

Peace out!

Wednesday, January 12, 2011

Terbarai

Baru 12 hari aku dalam tahun baru, hidup dah terbarai-barai. Tergelincir dari landasan. Syaitan sungguh kau Setan!!!!

Monday, January 3, 2011

dua ribu sebelas

Hari yang ke 3 aku menempuh kesebobotan hidup dalam tahun baru 2011. 2010 meninggalkan aku penuh makna tanpa boleh aku menahannya.

Apa yang aku dan kamu dapat dari 2010? Terlalu banyak! yang pasti pahit mendahului segalanya. Kerana manusia ini lebih menerima ajar dari kepedihan dan keperitan untuk menjadi lebih cemerlang.

Semalam aku ke kedai gunting rambut 'Bunga Raya' yang terkenal di Kuantan. Terletak di Jalan Beserah. Berpusu-pusu manusia mengepit anak kiri kanan tak kira bangsa seakan menyambut pesta gunting rambut. Memang tersenyum lebar persatuan penggunting rambut Kuantan! anak bapa sama naik menyagat rambut menggunakan mesin saiz mata 2.

Dalam-dalam aku menunggu giliran, aku dibingitkan oleh berpuluh-puluh motor berlumba di sepanjang Jalan Beserah. Habis semua lampu isyarat dilanggar dengan laju sehingga orang lain terpaksa berhenti untuk memastikan mereka-mereka itu tidak mati sia-sia dan menyusahkan ibubapa mereka untuk mengutip cebisan-cebisan daging di jalan. Aku bingung!

Nampaknya 2010 tak memberi banyak pengajaran kepada makhluk ini. Harap 2011 ini memberi sedikit ilham kepada mereka.

Alahai anak melayu.......