Thursday, January 20, 2011

Selamat Menyambut Thaipusam

Kepada semua penganut agama Hindu, Selamat Menyambut Thaipusam. Aku harap kamu semua gembira menyambut bersama keluarga tersayang.

Apa kata kalau kamu tolong parkir kereta elok-elok supaya tidak menghalang lalu lintas yang boleh mengakibatkan kesesakan sampai ke Sg Buloh.

Bukankah dapat pahala jika kamu berbuat baik ketika menyambut perayaan?

Kepada yang tak merayakan hari Thaipusam, janganlah pandu kereta kamu lebih perlahan dari siput sambil keluarkan kepala kalau melewati Batu Caves. Kalau nak tengok berhenti cari parkir turun. Kalau tak nak, tukar gear dua dan pecut. Kasihan orang lain.

Peace out!

Wednesday, January 12, 2011

Terbarai

Baru 12 hari aku dalam tahun baru, hidup dah terbarai-barai. Tergelincir dari landasan. Syaitan sungguh kau Setan!!!!

Monday, January 3, 2011

dua ribu sebelas

Hari yang ke 3 aku menempuh kesebobotan hidup dalam tahun baru 2011. 2010 meninggalkan aku penuh makna tanpa boleh aku menahannya.

Apa yang aku dan kamu dapat dari 2010? Terlalu banyak! yang pasti pahit mendahului segalanya. Kerana manusia ini lebih menerima ajar dari kepedihan dan keperitan untuk menjadi lebih cemerlang.

Semalam aku ke kedai gunting rambut 'Bunga Raya' yang terkenal di Kuantan. Terletak di Jalan Beserah. Berpusu-pusu manusia mengepit anak kiri kanan tak kira bangsa seakan menyambut pesta gunting rambut. Memang tersenyum lebar persatuan penggunting rambut Kuantan! anak bapa sama naik menyagat rambut menggunakan mesin saiz mata 2.

Dalam-dalam aku menunggu giliran, aku dibingitkan oleh berpuluh-puluh motor berlumba di sepanjang Jalan Beserah. Habis semua lampu isyarat dilanggar dengan laju sehingga orang lain terpaksa berhenti untuk memastikan mereka-mereka itu tidak mati sia-sia dan menyusahkan ibubapa mereka untuk mengutip cebisan-cebisan daging di jalan. Aku bingung!

Nampaknya 2010 tak memberi banyak pengajaran kepada makhluk ini. Harap 2011 ini memberi sedikit ilham kepada mereka.

Alahai anak melayu.......