Wednesday, May 26, 2010

Klasik #2 - 1985 Santan, serbuk kari dan Sardin

Serentak dengan perpindahan wa ke Taman Guru, wa pun pindah sekolah dari St Thomas ke Sek Keb Batu 3. Itu planning mak wa bagi memudahkan arrangement anak-anak dia.

Bermula dari situ, wa berkenalan dengan bas Bee Huat dan juga bas Leng Huat. Laluan Bee Huat ni, yang wa tau cuma pegi Batu 6 tapi kadang-kadang boleh terbabas sampai Ubai kalau salah naik. Leng Huat kaler merah pegi Taman Tas ngan Jaya Gading.

Bas-bas ni semua buruk nauzubillah! Tiap-tiap hari mesti bau air ikan. Tambang pegi bandor cuma 30 sen. Time tu bas Kuantan Town Service tak sampai area Taman Guru. Tak pandai langsung derang buat bisnes plan. Bisnes forecast tak jauh! itu pasal melingkup. tapi punca utama mungkin juga sebab budak-budak Taman Guru selalu naik free. Zaman ni gak la wa kenal teksi Wak jenis Opel Gemini. Kira zaman tu kereta ni kira top setanding dengan kereta sophisikated Proton Saga Magma... caj tambang cuma seringgit.

Adik-beradik wa sume maintain sekolah kat bandor kecuali abg wa sorang kat Batu 3 juga. Yang lain wa tak sure sekolah mana. Wa rasa masing-masing kat Abdullah dan Assunta. Cara mana derang pegi sekolah wa sampai sekarang tak tahu. Pergerakan wa sekeluarga agak terbatas atas sebab-sebab pengangkutan. wa bergantung harap sepenuhnya pada perkhidmatan awam yang tak berapa cun sangat. Bas sekolah tak masuk kat Taman Guru zaman ni. Kak Mimi ngan Abang Man tengah buat paperwork lagi nak start bisnes bas sekolah kat Taman Guru. Pakcik Din, wa tak tahu dia dah bawa bas ke belum.

Kutu-kutu pun tak ramai lagi kat Taman Guru. Tapi wa dah boleh nampak projek pindah randah agak rancak. Tiap-tiap hari mesti ada lori bawak barang masuk. Sekejap lori askar, sekejap black maria, sekejap lori buruk. Wa tak sure Cikgu Shahar sekeluarga pindah guna lori ke tidak. lampu-lampu jalan dah mula ada walaupun jarak setiang sebatu, tapi kemeriahan kat Taman Guru dah boleh rasa. Tambah pulak penduduk Taman Guru ni kaya-kaya sebab pakai mentol bulb 100 watt. Dia punya terang boleh bikin buta langsuir atas pokok sena depan rumah Pudin.

Cuma meriahnya Taman Guru agak gagal sikit, sebab serba-serbi takde. kedai runcit, surau, padang, apa haram semua belum ready. Bangunan kedai kat simpang pun tak ada lagi. Asalnya tempat pembuangan lori hantu buruk dengan mesin bancuh simen rosak. Bangunan paling canggih dekat simpang tu adalah bus stand. bijak design dia.. kukuh pembinaannya tapi tetap merah sebab kena tanah. lepas tu ada parit tempat wa tangkap ikan puyu, sepat ngan haruan. wa selalu jual hasil tangkapan wa kat Aunty Marie. Wa stop jual ikan kat dia lepas dia cakap dah terlampau banyak ikan kat rumah dia. dia dah tak tahu nak letak mana. Kolam tanah dengan akuarium rumah dia dah penuh dengan spesis puyu dan sepat hasil jualan wa. Lu bayangkan betapa untungnya bisnes ikan time tu. Aunty Marie ni ada anak dara boleh tahan cun. Muka dia macam ada iras-iras Halle Berry. Tapi wa hairan kenapa muka Fadzil tak cun? Mungkin sebab tu juga dia amat kaki bangku dalam arena sukan bolasepak Taman Guru, nak timbang bola takraw apatah lagi. gagal dia maksimum!

Masa ni wa tak pernah terpikir akan ada orang bina kedai nama 7 Eleven dalam parit depan Taman Guru yang secara tak langsung membunuh operasi bisnes Hj Zaidon. Oleh sebab tak ada satu kedai pun kat Taman Guru,wa terpaksa kayuh basikal ke kedai Pakcik Geng kat kampung sebelah semata-mata nak beli santan ngan sardin. Ada balance duit, wa beli jeruk ngan chewing gum tatoo macam biase. Dekat situ jugak wa kenal ngan Bujang, Midi ngan Paie. Paie ni berlagak konon-konon dia tu Eric Cantona. Tapi main bola macam kampang! tak ke mana gak pergi dia dalam sukan bola. Jalan mendada ke hulu hilir. Kena tampor dengan sham kambing, menangis balik rumah tinggal basikal kat padang. Tapi tak lama lepas tu dia datang balik bawak geng nak repeat, kena sergah pulak ngan Polong habis berterabur semua lari. Perangai semua macam hamjadah. Time tu juga ada geng nama Gagak Hitam. Wa tak kenal siapa anggota dia. berbahayakah geng ni? gangster sangatkah? next time wa cite pasal geng ni yang anggota dia ialah Remy, Das dan Nuar. Wa dengar cite derang ni semua sepupu. Tapi ada antara mereka tak mengaku sedara. Wa pun hairan...

Ada lagi satu kedai runcit yang ON kat Batu 5. Kedai ni Abg Zainal punya. tapi wa jarang pegi sebab kena melintas jalan. Agak berbahaya sikit, sebab Mahathir baru je launch kereta nasional Proton Saga Magma. Mana-mana orang Kuantan yang baru beli time tu selok-selok diri drive macam jembalang. Jadi risiko nak kena lenyek tu tinggi. Kadang-kadang terpaksa juga sebab mak wa suruh pergi package dengan hantar jahit tepi kat rumah Mek sebelah kedai tu. Kaki, selipar Tat Seng memang sah merah-merah kena tanah. Dulu depan Taman Guru jalan sehala. Side table diturap dengan tanah merah macam jalan dekat Gua Musang. Kalau musim tengkujuh lagilah daifnya jalan tu. Basikal abang wa memang tak pernah ada brek. Ringan sikit katanya kalau time nak racing. Jadi statement dia tu buat wa faham kenapa basikal dia barai sampai sekarang tak repair-repair. Kalau nak berenti, kena brek 2 kaki sodok tanah merah. kalau bas Leng Huat brek emergency sebab ada malaon tekan loceng nak berhenti kat simpang Kg Telok Mahang, haruslah satu badan merah kena tanah jawabnya. Wa rasa sebab tu gak la wa kena lelah.... celakak!

Wa start pegi kedai cina kat Mat Kilau time dah besar sikit. Zaman dah pandai beli rokok dunhill tak pun surya hitam main batang-batang. Tapi yang lebihnya sebab nak tengok anak dara dia. Anak dara dia boleh consider cute gila! tapi sekarang wa tak sure mana satu dia mana satu mak dia. rupa lebih kurang sama!!! Wa ingat lagi kat situ dulu takde apa-apa cuma ladang getah. Selama wa ulang alik ke Pekan Sari batu 6 tiap hari sabtu, wa tak pasti tahun bila derang pacak kedai dekat situ. Pekan Sari batu 6 tu outing paling hebat untuk penduduk Taman Guru zaman ni. 1986 lagi happening sebab MSM start sewa rumah kat Taman Guru untuk student-student.

Kedai Sopi pun wa tak ingat bila grand opening dia. Cuma wa ingat tahun 1991 kedai dia dah terpacak kat situ. Satu-satunya kedai runcit yang paling grand dan agak moden kat Taman Guru!!! Tapi kalau nak beli santan time Sopi tengah sibuk berjejeh air liur cabut rambut, memang confirm kena kukur sendiri.. Hamjadah! Time tu hilang grand dia serta merta!!!!!


No comments:

Post a Comment